Monday 17 July 2017

Makanan Tradisional Sabahan......


Ini merupakan beberapa jenis makanan tradisi masyarakat di Sabah. Rasanya banyak lagi, tapi nanti lah baru di tambah. Kalau siapa-siapa tau makanan lagi boleh kongsi di sini. Tq.


Hinava

Hinava merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat Sabah. Ia merupakan makanan tradisi bagi suku kaum Kadazan-Dusun Sabah.


Hinava merupakan makanan tradisional masyarakat Sabah terutamanya masyarakat dari suku kaum Kadazan-Dusun dan ia merupakan antara makanan yang paling popular dan diminati oleh kaum Kadazan-Dusun.

Biasanya Hinava atau dipanggil juga Hinava Ginapan dibuat daripada isi ikan segar. Isi ikan yang biasa digunakan untuk membuat Hinava adalah dari isi ikan yu atau tenggiri. Walaubagaimanapun ikan lain boleh juga digunakan untuk membuat Hinava ini termasuklah sotong atau udang.

Hinava selalunya dihidang untuk majlis-majlis seperti perkahwinan dan juga menjadi hidangan yang istimewa bagu kaum Kadazan-Dusun ketika Tadau Kaamatan.

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat Hinava adalah seperti :

01. Isi ikan segar
02. Biji buah bambangan
03. Lada merah
04. Halia
05. Bawang merah
06. Limau nipis atau limau kasturi
07. Garam

Untuk menghidangnya isi ikan segar tersebut akan dicampur menggunakan bahan-bahan diatas dan digaul-gaulkan. Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan masak melalui perahan limau nipis atau limau kasturi.



Bosou

Bosou merupakan salah salah makan tradisional yang terdapat di Sabah. Bosou merupakan makanan sampingan bagi kaum Kadazan-Dusun di Sabah.




Bosou merupakan makanan tradisi di Sabah bagi suku kaum Kadazan-Dusun. Bosou juga dikenali dengan nama 'Tonsom' dan bagi sesetengah masyarakat Sabah di Ranau iaya dipanggil sebagai 'tinamba'.

Bosou adalah makanan yang dihasilkan daripada isi kan mentah atau daging yang di jeruk selama lebih kurang 5 hingga 7 hari sebelum dihidang untuk di makan.

Biasanya Bosou yang telah siap dihasilkan akan disimpan didalam bekas plastik atau botol yang mempunyai penutup yang rapat agar bau Bosou yang kuat tidak keluar. Ini adalah bagi mengelak daripada ianya dihinggap lalat dan sebagainya.

Antara bahan-bahan untuk hasilkan Bosou adalah :

01. Ikan mentah atau daging
02. Nasi putih
03. Garm
04. Buah

Untuk penyediaan, ikan mentah atau daging yang telah dipotong atau hiris kecil akan digaulkan bersama-sama nasi putih, garam dan buah-buahan seperti buah nangka, nenas muda atau tuhau bagi menambahkan lagi perisanya. Setelah sudah digaul, ianya amakn di peram atau jeruk dalam bekas plastik atau kaca dalam tempoh seminggu.

Selepas tempoh seminggu, Bosou boleh di hidang terus atau di masak terlebih dahulu agar dapat menghilangkan bau dan menambah perisa dengan menambah bahan seperti bawang dan lada.

Ambuyat

Ambuyat merupakan salah salah makan tradisional yang terdapat di Sabahmerupakan makanan tradisi bagi suku kaum Melayu-Brunei di Sabah.




Ambuyat merupakan sejenis makanan dibuat daripada Sagu yang mana sagu tersebut diambil daripada bahagian batang pokok Rumbia atau dipanggil Ampulung dan lebih kurang sama dengan ubi kayu yang berwarna putih dan mempunyai bentuk seperti gam.

Untuk makan hidangan ini hendaklah dengan menggunakan penyepit kayu (chopstik) atau dipanggil candas. Selain itu boleh juga menggunakan garpu buluh dengan cara menggolekkan ambuyat tersebut sekitar hujung candas atau garpu lalu mencelupnya ke dalam kuah atau sos.

Biasanya ambuyat dimakan semasa ianya masih panas dengan mencecahkannya ke dalam kuah seperti kuah kari, kuah ikan. Ambuyat juga biasanya di makan bersama-sama hidangan lain seperti ubi kayu dan ulam-ulaman.

Ambuyat juga merupakan makanan tradisi bagi kaum Bajau, Dusun, Kadazan, Bisaya dan Murut di Sabah.

Amplang

Amplang merupakan salah salah makanan ringan yang terkenal di Sabah terutamanya di daerah Tawau dan Sandakan. Ia erupakan makanan tradisi bagi Bugis di Sabah,


                                               


Amplang merupakan keropok yang diperbuat daripada Ikan dan ikan yang biasanya digunakan untuk membuat keropok Amplang ini adalah dari jenis ikan tenggiri yang dicampurkan bersama dengan tepung kanji dan bahan-bahan lain untuk digoreng dan dijadikan keropok

Antara bahan-bahan yang biasa digunakan untuk membuat keropok amplang ini adalah seperti :

1. Isi ikan tenggiri
2. Tepung Kanji
3. Garam
4. Gula
5. Telur Ayam

Beberapa proses akan dijalankan untuk menghasilkan keropok amplang. Antara proses tersebut adalah :

1. Isi ikan diadun bersama tepung kanji dan bahan-bahan lain
2. Hasil adunan akan dipotong halus menjadi bentuk silinder
3. Masak amplang selama sehingga rangup (30 minit)
4. Amplang di saring untuk membuat sisa minyak
5. Membungkus Amplang dengan plastik kedap udara.

Burasak

Burasak merupakan makanan tradisional bagi suku kaum Bugis di Sabahterumatanya di pantai timur Sabah seperti Sandakan dan Tawau. 



Burasak atau lebih dikenali dengan panggilan Buras merupakan salah satu makanan yang popular di pantai timur Sabah seperti Sandakan dan Tawau. Burasak biasanya di masak ketika hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Burasak sememangnya makanan yang di cari-cari dan di tunggu-tunggu ketika hari raya oleh segenap lapisan masyarakat di Sabah. Ia biasanya di makan bersama lauk-pauk terutamanya serunding atau ayam masak kurma.

Bahan yang biasa diguna untuk masak burasak adalah :

1. Beras
2. Santan
3. Daun pisang


Dan cara penyediaanya adalah dengan :

Masak beras bersama santan. Apabila beras tersebut sudah masak bungkus beras dengan menggunakan daun pisang lalu diikat kemas sebelum di rebus atau di kukus selama lebih kurang 4 jam.

Kuih Cincin

Kuih Cincin merupakan salah satu makanan tradisional suku kaum melayu-brunei di Sabah. Ia juga merupakan antara kuih kegemaran masyarakat di negeri Sabah.


                                                   

Kuih Cincin merupakan kuih yang digemari di Sabah dan banyak di jual di gerai-gerai. Ia dibuat dengan menggunakan tepun beras dan gula merah (gula melaka) sebagai bahan utama.

Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kuih cincin ini adalah :

1. Tepung beras
2. Gula merah (gula melaka)
3. Minyak masak
4. Gula nipah dan gula apong

Ia biasanya akan di goreng sebanyak 2 kali dengan disalutkan tepung beras untuk menjadikan kuih cincin tersebut rangup.

Kuih Jala

Kuih Jala merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Ia sangat popular di sebelah pantai timur Sabah seperti Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.


                                             

Kuih Jala merupakan kuih yang biasanya di hidang ketika hari-hari perayaan seperti hari raya atau ketika majlis-majlis tertentu termasuklah kenduri.

Kuih jala sabah dibuat dengan menggunakan perlatan atau acuan yang boleh dibeli atau dibuat sendiri dengan menggunakan kayu dan diikat dengan tin yang telah dilubangkan dibahagian bawahnya.

Bahan-bahan untuk membuat kuih jala adalah :

1. Tepung beras
2. Gula
3. Minyak masak
4. Air

Cara sediakannya :

1. Ayak tepung dan gaulkan bersama gula
2. Masukkan air dan kacau hingga sebati
3. Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan jala
4. Kiraikan adunan kedalam kuali berisi minyak panas
5. Gerakkan acuan sambil ketuk-ketukkannya
( gerakan acuan tersebut dalam bentuk membulat )
6. Masak sehingga kekuningan
7. Angkat dan lipat dengan segera.

Kuih Kelupis

Kuih Kelupis merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Ia merupakan makanan tradisional bagi suku kaum melayu-brunei dan bisaya.


                                                

Kuih Kelupis merupakan makanan kegemaran suku kaum di Sabah, Sarawak dan Brunei. Kuih ini biasanya dihidang ketika majlis perkahwinan dan juga ketika hari raya. Kuih kelupis lebih menyelerakan ketika ia masih panas bersama lauk seperti kari ayam, kari daging, rendang dan lain-lain lagi.

Antara bahan untuk membuat kuih kelupis ini adalah :

1. Beras pulut
2. Santan
3. Daun pisang

Biasanya penyediaan kuih kelupis ini adalah dengan memasak beras pulut yang dicampurkan santan. Setelah masak ia akan dibungkus menggunakan daun pisang dan akan direbus sekali lagi menggunakan santan.



Kuih Makmur

Kuih Makmur juga merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat di negeri Sabah. Kuih makmur sangat popular di kalangan masyarakat Sabah.


                                                

Kuih makmur merupakan salah satu makanan yang digemari masyarakat di Sabah terutamanya ketika hari perayaan seperti hari raya aidilfitri dan aidiladha. Boleh dikatakan setiap rumah mempunyai hidangan kuih makmur ketika hari raya.

Biasanya kuih makmur diperbuat daripada beberapa bahan iaitu :

1. Tepung gandum
2. Telur
3. Minyak sapi
4. Kacang tanah goreng (dikisar)
5. Gula ising atau gula kisar

Terdapat beberapa cara atau resepi ketika membuat kuih makmur kerana ada yang menggunakan putih telur sahaja dan ada juga yang mengambil keseluruhan telur. Namun lebih banyak yang menggunakan keseluruhan telur agar lebih sedap.

Di atas adalah antara makanan-makanan tradisional orang sabah..Just in case pembaca sekalian ada tambahan silalah inbox kan saya ya.....selamat membaca..........



1 comment:

  1. wahh.. ini adalah makanan2 pebret..semuanya sedap terutama ambuyat tu. dulu x pandai makan..hehee

    tq berkongsi info

    ReplyDelete