Monday 17 July 2017

Airport (Lapangan Terbang) di Sabah


Ini merupakan lapangan terbang yang terdapat di beberapa daerah di sekitar negeri Sabah. Lapangan Terbang ini merupakan sistem pengangkutan utama kepada rakyat negeri ini dan juga pelancong yang ingin datang ke negeri Sabah.


Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu merupakan lapangan terbang yang kedua paling sibuk di Malaysia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Sumber gambar : wikipedia

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu terletak lebih kurang 8 km dari pusat bandar Kota Kinabalu. Ia merupakan pintu masuk utama ke negeri Sabah. Lapangan terbang ini telah dinaik tarafkan dan mampu menampung sehingga 9 juta orang dalam setahun dan boleh menerima pesawat yang lebih besar seperti Boeing 747.

Antara kemudahan yang ada di Lapangan Terbang ini adalah seperti kedai-kedai runcit, cafe dan restoran serta ruangan menunggu yang selesa.

Teksi Lapangan Terbang juga senang didapati di sini agar memudahkan lagi perjalanan pengujung yang datang ke negeri ini.

Banyak Syarikat Penerbangan yang menjalankan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ini, antaranya :

1. Malaysia Airlines
2. AirAsia
3. Malindo
4. China Airlines
5. MasWings
6. Cebu Airlines
7. Hong Kong Dragon Airlines
8. Korea Airlines

dan beberapa lagi Syarikat Penerbangan lain dari dalam dan luar negara.


Lapangan Terbang Sandakan

Lapangan Terbang Sandakan merupakan salah sebuah Lapangan Terbang yang terdapat di negeri Sabah dan merupakan antara yang tersibuk di Sabah.
Sumber gambar : wikipedia

Lapangan Terbang Sandakan terletak 14 km dari pusat Bandar Sandakan dan mengendalikan lebih kurang 1 juta penumpang dalam setahun. Lapangan terbang Sandakan lebih kepada penerbangan domestik seperti penerbangan ke beberapa lapangan terbang di Sabah, Lapangan Terbang Sarawak dan Lapangan Kuala Lumpur.

Sempenea lawatan kerja YAB Perdana Menteri ke Sandakan pada 16 September 2012, beliau telah mengarahkan agar Lapangan Terbang Sandakan dinaik tarafkan, dan bermula 30 Mei 2013 projek naik taraf Lapangan Terbang Sandakan telah dijalankan dan siap sepenuhnya pada 29 November 2014.

Antara kemudahan yang ada di Lapangan Terbang Sandakan adalah seperti tempat duduk yang lebih selesa, kedai-kedai, cafe dan penghawa dingin yang dapat member keselesaan kepada para pengunjung atau penumpang yang menunggu masa penerbangan mereka.

Antara Syarikat penerbangan yang membuat penerbangan di Lapangan Terbang Sandakan adalah seperti :

1. MASWings
2. Malaysia Airlines
3. AirAsia


Lapangan Terbang Tawau

Lapangan Terbang Sandakan merupakan salah sebuah Lapangan Terbang yang terdapat di negeri Sabah dan di bawah pengurusan Malaysia Airports Holding Bhd.

Sumber gambar : wikipedia

Lapangan Terbang Tawau terletak kira-kira 31 km dari pusat bandar Tawau. Selain penerbangan domestik, Lapangan Terbang Tawau juga mengendalikan penerbangan antarabangsa seperti ke Tarakan di Indonesia.

Lapangan Terbang Tawau yang pertama telah dibina pada tahun 1968 dan terletak di Jalan Utara iaitu lebih kurang 2 batu dari bandar Tawau namun akibat daripada beberapa peristiwa maka Lapangan Terbang Tawau telah dipindahkan 31 km dari bandar Tawau.

Lapangan Terbang Tawau yang baru ini telah siap sepenuhnya dan dilancarkan pada tahun 2003 oleh Menteri Pengangkutan pada masa itu dan menjadi Lapangan Terbang terbesar selepas Kapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Antara Syarikat Penerbangan yang ada di Lapangan Terbang Tawau adalah sepeti :

1. Malaysia Airlines
2. MASWings
3. AirAsia.


Lapangan Terbang Labuan

Lapangan Terbang Labuan merupakan Lapangan Terbang yang terdapat di Wilayah Persekutuan Labuan dan terletak kira-kira 2 km dari bandar Labuan.



                                         


Lapangan Terbang Labuan telah berkembang pesat dan kin Lapangan Terbang ini dapat menampung lebih kurang 1 juta lebih penumpang dalam setahun. Lapangan Terbang Labuan juga pernah dirancang untuk dijadikan hab serantau iaitu untuk penerbangan sambungan dalam negara ASEAN walaubagaimanapun ianya terpaksa ditangguhkan kerana masalah tertentu dan tidak sesuai untuk masa ini.

Antara Syaraikat Penerbangan yang terdapat di Lapangan Terbang Labun ini adalah :

1. Air Asia - Ke Kuala Lumpur
2. Malaysia Airlines - Ke Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur
3. MASWings - Ke Kota Kinabalu dan Miri




Lapangan Terbang Lahad Datu

Lapangan Terbang Lahad Datu teletak di sebelah pantai timur negeri Sabah iaitu lebih kurang 1 km dari pusat bandar Lahad Datu.


                                      


Lapangan Terbang Lahad Datu hanya mengendalikan penerbangan domestik sahaja dan pesawat yang boleh membuat pendaratan di Lapangan Terbang ini adalah yang lebih kecil iaitu seperti MASWings.

Lapangan Terbang Lahad Datu mengendalikan dan dapat menampung lebih kurang 100 ribu penumpang dalam setahun.

Antara Syarikat Penerbangan yang ada di Lapangan Terbang Lahad Datu ini adalah :

1. MASWings


Lapangan Terbang Kudat



Lapangan Terbang Kudat (IATAKUDICAOWBKT) ialah sebuah lapangan terbang berkhidmat untuk Kudat, sebuah pekan di negeri Sabah di Malaysia.

Penerbangan ke kudat tidak mempunyai jadual yang tetap dan bergantung kepada keadaan semasa dan permintaan. 

No comments:

Post a Comment