Monday 17 July 2017

Gunung Kinabalu of Sabah




Gunung Kinabalu


Gunung Kinabalu merupakan tempat menarik paling utama di Negeri Sabah. Ianya terletak di dalam daerah Ranau iaitu lebih kurang 2 jam perjalanan dari pusat Bandaraya Kota Kinabalu Sabah.








Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan juga tertinggi di Asia Tenggara iaitu dengan ketinggian 4095 meter dari aras laut. Ia terletak kira-kira 80km dari Bandar Kota Kinabalu atau lebih kurang 2 jam perjalanan.

Gunung Kinabalu dikatakan mempunyai 7 puncak tertinggi iaitu Puncak Low, Puncak St. John, Puncak Oyayubi Iwu, Puncak Kakak Buruk, Puncak Raja Edward, Puncak Telinga Keldai dan Puncak Tunku Abdul Rahman.

Para pelancong boleh datang dengan menaiki bas yang menuju ke Ranau, Sandakan atau pun Tawau. Kadar tambangnya adalah sekitar RM20 hingga RM25 sekali perjalanan.

Gunung Kinabalu terletak di dalam kawasan Taman Kinabalu dan untuk masuk ke Taman Kinabalu kadar bayaran masuk yang di kenakan adalah :

Untuk Pelancong Tempatan :

Dewasa : RM3.00

Kanak-Kanak : RM1.00


Untuk Pelancong Asing

Dewasa : RM15.00

Kanak-Kanak : RM10.00

___________________________________________________


Bagi bayaran mendaki pula bayaran yang dikenakan adalah :


Untuk Pelancong Tempatan :

Dewasa : RM30.00

Kanak-Kanak : RM12.00


Untuk Pelancong Asing :

Dewasa : RM100.00

Kanak-Kanak : RM40.00


Dan untuk mendapatkan permit mendaki atau membuat pertanyaan para pelancong bolehlah menghubungi pihak Taman-Taman Sabah :


Sabah Parks

Lot 3, Blok K, Sinsuran Gompleks

Poskod 88806, Kota Kinabalu

Sabah.

Tel : +6088-212719 atau +60811881

Fax : +6088-221001

Email : sabahparks@sabah.gov.my

No comments:

Post a Comment