Monday 17 July 2017

Hospital-Hospital Kerajaan di Sabah


Berikut merupakan beberapa buah hospital besar bagi daerah-daerah di negeri Sabah ini. Hospital-hospital ini tidak hanya ada di bandar besar, tetapi ianya juga ada di bandar atau pekan kecil dan ada diantaranya baru dibina dan ada yang dinaiktarafkan.


Sumber : wikimedia


                                              Hospital Queen Elizabeth I Kota Kinabalu





Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu telah mula ditubuhkan pada tahun 1957 dengan nama Hospital Jesselton. Pada awal penubuhan, blok Hospital Jesselton hanya dibina dengan menggunakan papan kayu dan berbumbung atap biasa sahaja.

Pada tahun 1967 satu blok bangunan baru telah dibina yang mana ianya menempatkan Jabatan Outpatient dan Makmal Central. Pada tahun 1981, Hospital Jesselton telah dibangunkan dengan pembinaan satu blok bangunan yang besar dengan kos sebanyak RM20 juta yang mampu menampung sehingga 589 katiil.


Nama Hospital Jesselton juga telah ditukar kepada Hospital Queen Elizabeth bersempena dengan sumbangan kerajaan British untuk pembangunan di Sabah dan juga bersempena lawatan Ratu Elizabeth ke Hospital Jesselton pada tahun 1971


Bermula dari tahun 1980an, Hospital Queen Elizabeth terus mengalami pembangunan yang berterusan menerusi beberapa fasa termasuk rancangan pembinaan 2 lagi menara blok baru untuk Unit Kemalangan dan Unit Kecemasan, Pusat Makmal dan beberapa buah wad lagi.


Pada 24 Oktober 2008, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu telah didapati kurang selamat oleh Syarikat Faber Mediserve dan Jabatan kerja Raya. Oleh itu Menteri Kesihatan pada masa itu Datuk Liow Tiong Lai menyatakan yang Hospital Queen Elizabeth akan ditutup sementara.


Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Musa Aman juga bersetuju untuk memberikan sebuah tapak baru yang lebih sesuai untuk pembinaan semua hospital berkenaan dan antara cadangan yang diberikan adalah di lokasi berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan bandar Kota Kinabalu.


Masa melawat untuk Hospital Queen Elizabeth adalah seperti beritku :


Isnin hingga Jumaat

Jam 12.30 Tengahari - jam 2.00 Petang
Jam 4.30 Petang - 7.30 Malam

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

Jam 12.30 Tengahari - Jam 7.30 Malam

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pengurusan Hospital Queen Elizabeth


Alamat

Hospital Queen Elizabeth
Beg Berkunci No. 2029
88586, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia.
Tel : +6088-517555




Hospital Tuaran


Hospital Tuaran merupakan salah sebuah hospital kerajaan yang terletak di barat Sabah iaitu di dalam daerah Tuaran Sabah.



Sumber : Wikimedia

Hospital Tuaran merupakan sebuah hospital yang memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di daerah Tuaran dan kawasan sekitarnya sama ada sebagai pesakit luar atau pesakit dalam.

Pada peringkat awal perkhidmatan perubatan di Tuaran telah pun bermula pada tahun 1933 dan pusat kesihatan pada masa itu dikenali dengan nama Dispensari Tuaran. Pada tahun 1989 Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah menyewa sebuah bangunan untuk dijadikan sebagai hospital dan menggantikan nama Dispensari Tuaran kepada Poliklinik Tuaran.


Pada tahun 1993, bangunan Hospital Tuaran telah siap dibina dan dirasmikan pada 8 April 1994 oleh Menteri Kesihatan Malaysia pada masa itu iaitu YB Dato' Lee Kim Sai. Pada tahun 2013 sebuah lagi bangunan hospital telah didirikan yang mana ia dapat menampung sehingga 76 buah katil


Waktu operasi untuk pesakit luar di Hospital Tuaran adalah seperti berikut iaitu :


Isnin - Khamis

Jam 7.30 pagi - 12.30 Tengahari
Jam 1.30 Petang - 4,30 Petang
Jam 5.30 Petang - 10.00 Malam

Jumaat

Jam 7.30 Pagi - 11.00 Pagi
Jam 1.30 Petang - 4.30 Petang
Jam 5.30 Petang - 10.00 Malam

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

Jam 8.30 Pagi - 1.00 Petang
Jam 5.30 Petang - 10.00 Malam



Hospital Papar

Hospital Papar merupakan salah sebuah hospital kerajaan yang terletak di pantai barat Sabah iaitu di dalam daerah Papar.



Hospital Papar merupakan salah sebuah hospital kerajaan yang memberikan perkhidmatan perubatan kepada penduduk di daerah Papar dan juga kawasan sekitarnya. Hospital Papar menampung lebih kurang 77 buah katil.


Hospital Papar bukan sebuah hospital pakar oleh itu pesakit yang memerlukan khidmat doktor pakar akan di rujuk ke Hospital Queen Elizabeth yang terletak di Kota Kinabalu atau di Hospital Beaufort


Antara perkhidmatan yang diberikan di Hospital Papar adalah seperti :


01. Unit Kecemasan

02. Jabatan Farmasi
03. Unit Kerja Sosial
04. Unit Patologi
05. Unit Hemodialisis
06. Unit Ficioterapi
07. Unit Pendidikan Kesihatan
08. Unit Rekod Perubatan

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak Hospital Papar di alamat :


Hospital Papar

Peti Surat No. 6
89607, Papar
Sabah, Malaysia.
Tel : +6088-913333
Faks : +6088-913587



Hospital Duchess Of Kent Sandakan


Hospital Duchess Of Kent merupakan hospital kedua terbesar di Sabah. Hospital Duchess Of Kent terletak kira-kira 3.2 km dari pusat bandar Sandakan.




Hospital Duchess Of Kent atau disebut juga Hospital Sandakan merupakan hospital kedua terbesar di Sabah selepas Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. Hospital ini terletak di batu 2, Jalan Utara, Sandakan iaitu kira-kira 3.2 km dari pusat bandar Sandakan.


Dengan saiz kawasan kira-kira 42.93 ekar hospital ini mampu menempatkan lebih kurang 400 katil. Selain itu hospital ini juga memberikan perkhidmatan merangkumi beberapa kawasan di Sandakan iaitu seperti Kinabatangan, Beluran dan Telupid.


Pada 14 Disember 2009, Hospital Duchess Of Kent menjadi hospital pertama di negeri Sabah yang memberikan perkhidmatan Perubatan Tradisional dan Komplementari dan ianya telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan pada masa itu iaitu YB Dato' Seri Liow Tiong Lai pada 31 Januari 2010


Masa melawat pesakit di wad bagi Hospital Duchess Of Kent adalah seperti berikut :


Isnin - Jumaat

Jam 6 pagi - 7 Pagi
Jam 12.30 Tengahari - 2 Petang
Jam 4.30 Petang - 7.30 Malam

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

Jam 6 Pagi - 7 Pagi
Jam 12.30 Tengahari - 7.30 Malam

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak Hospital Duchess Of Kent di alamat :


Hospital Duchess Of Kent

KM3.2 Jalan Utara,
90000, Sandakan,
Sabah.
Tel : +6089-248600
Faks : +6089-213607
Talian Kecemasan : +6089-225022



Hospital Tawau

Hospital Tawau merupakan salah sebuah hospital Kerajaan di Sabah yang terletak kira-kira 1km dari pusat bandar Tawau Sabah.


                                        


Hospital Tawau telah ditubuhkan pada tahun 1922 dan dikenali dengan nama Hospital Silimpompon. Pada ketika itu Hospital Tawau hanyalah merupakan sebuah hospital yang kecil dan hanya dibuat dengan menggunakan kayu.

Hospital Tawau mempunyai keluasan kira-kira 16.84 ekar. dan ia merupakan hospital utama bagi penduduk tawau. Hospital Tawau juga merupakan pusat rujukan hospital bagi Hospital Kunak dan Hospital Semporna.


Klinik Pakar juga telah dibina pada tahun 1990an dan telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia pada masa itu iaitu YB Datuk Dr. Chua Jui Ming. Ini adalah bagi memastikan Hospital Tawau dapat memberikan perkhidmatan yang baik kepada penduduk Tawau yang semakin bertambah.


Sekitar tahun 2005 Hospital Tawau telah melaksanakan projek Hospital Dalam Taman agar dapat memberikan kelesaan kepada para pesakit dan pelawat untuk berehat di taman tersebut.


Masa melawat pesakit di wad bagi Hospital Tawau adalah seperti berikut :


Isnin - Sabtu

Jam 6.30 Pagi - 7.00 Pagi
Jam 12.30 Tengahari - 2.00 Petang
Jam 4.00 Petang - 7.00 Malam

Ahad dan Cuti Umum

Jam 6.30 Pagi - 7.30 Pagi
Jam 12.30 Tengahari - 7.00 Malam

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi pihak Hospital Tawau di alamat :


Hospital Tawau

Peti Surat 67,
91007, Tawau, Sabah.
Tel : +6089-983533
Faks : +6089-778626



Hospital Beluran

Hospital Beluran merupakan salah sebuah hospital Kerajaan yang terdapat di Sabah yang terletak di Jalan Beluran Lama, Beluran Sabah.




Hospital Beluran merupakan sebuah hospital yang memberikan perkhidmatan perubatan kepada penduduk di daerah Beluran dan juga kawasan sekitarnya. Pada masa ini Hospital Beluran hanya menampung lebih kurang 52 buah katil sahaja.

Hospital Beluran tidak mempunyai perkhidmatan doktor pakar oleh itu sekiranya ada pesakit yang memerlukan doktor pakar maka pesakit tersebut akan dipindahkan ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan.

Antara perkhidmatan yang diberikan di Hospital Beluran adalah seperti :

01. Unit Kecemasan
02. Jabatan Farmasi
03. Unit Kerja Sosial
04. Unit Patologi
05. Unit Hemodialisis
06. Unit Ficioterapi
07. Unit Pendidikan Kesihatan
08. Unit Rekod Perubatan

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak Hospital Beluran di alamat :

Hospital Beluran
Beg Berkunci No. 2
90109, Beluran, Sabah
Malaysia.
Tel : +6089-511233 / +6089-511333


Hospital Keningau

Hospital Keningau adalah sebuah hospital yang terletak di daerah Keningau Sabah iaitu lebih kurang 1 km dari pusat bandar Keningau. 



Hospital Keningau terletak kira-kira 1 km dari pusat bandar Keningau dan ia telah mula beroperasi sebagai Cottage Hospital pada 13 Mei 1957. Luas kawasan Hospital Keningau adalah sekitar 9.2 hektar dan mampu menampung sehingga 150 katil.

Pada 8 Februari 2004, sebuah lagi Hospital Keningau yang baru telah dibina di kawasan seluas 11.15 hektar dan terletak di KM5, Jalan Apin-Aping Keningau. Hospital yang baru ini mampu menampung sehingga 212 katil.

Hospital Keningau juga merupakan salah sebuah hospital yang telah mendapat Certificate Of Practical Completion (CPC) pada 31 Mei 2003 dengan kos RM198.8 juta. Selain itu Hospital Keningau juga dilengkapi dengan peralatan moden seperti sistsem Intermediate Hospital Information System iaitu sistem berkomputer untuk pengurusan para pesakit dan kakitangannya.

Waktu melawat pesakit bagi Hospital Keningau adalah seperti berikut :

Isnin - Jumaat :
Jam 12.30 Tengahari - 2.00 Petang
Jam 4.30 Petang - 7.30 Malam

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
12.30 Tengahari - 7.30 Malam

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak Hospital Keningau di Alamat :

Hospital Keningau
KM 5, Jalan Apin-Apin,
Keningau Sabah.
Tel : +6087-313000
Faks : +6087-331595




Hospital Kota Belud

Hospital Kota Belud adalah sebuah hospital yang terletak di daerah Kota Belud Sabah iaitu lebih kurang 1.5 km dari Pekan Kota Belud.






Hospital Kota Belud telah mula dibina pada tahun 1950. Walaubagimanapun perkhidmatan perubatan di daerah Kota Belud telah pun bermula sejak sekitar tahun 1946. Pada awal tahun 1980 sebuah hospital baru telah dibina di Kota Belud dan telah memulakan operasinya pada tahun 1982.

Pada awal tahun 2000, sebuah lagi bangunan untuk wad lelaki telah dibina dan mula digunakan pada tahun 2001. Dari masa ke semasa Hospital Kota Belud telah banyak membuat penambahbaikan dan mampu menampung kira-kira 172 katil.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak Hospital Kota Belud di alamat :

Hospital Kota Belud
Peti Surat 159
89158 Kota Belud Sabah.
Malaysia.
Tel : +6088-976333


Hospital Kota Marudu

Hospital Kota Marudu adalah salah sebuah hospital yang terdapat di negeri Sabah. Hospital Kota Marudu terletak kira-kira 5 km dari Pekan Kota Marudu.




Hospital Kota Marudu telah dimulakan pembinaanya pada awal tahun 1990 di kawasan seluas lebih kurang 25 ribu kilometer persegi iaitu kira-kira 5 km dari Pekan Kota Marudu.

Pada akhir tahun 1993 Hospital Kota Marudu siap sepenuhnya dan dimulakan operasinya pada awal tahun 1994 dengan hanya memberikan perkhidmatan kepada pesakit luar sahaja. Pada 8 Jun 1994 Hospital Kota Marudu mula memberikan perkhidmatan kepada pesakit dalam wad hospital.

Sehingga tahun 2007 Hospital Kota Marudu telah mula menampung sebanyak 97 katil berbanding hanya lebih kurang 60 lebih sahaja pada awal-awal pembukaan hospital tersebut.

Pada 6 Jun 2005, sebuah lagi wad telah dibuka di Hospital Kota Marudu iaitu wad untuk kanak-kanak.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak Hospital Kota Marudu di alamat :

Hospital Kota Marudu
Peti Surat 255
89108 Kota Marudu
Sabah.
Tel : +6088-661984



Hospital Kuala Penyu

Hospital Kuala Penyu merupakan salah sebuah hospital yang terdapat di Sabah. Hospital ini terletak di dalam daerah Kuala Penyu Sabah.




Hospital Kuala Penyu telah dimulakan pembinaannya pada 3 Julai 2001 dan telah siap sepenuhnya pada 30 Mei 2005. Walaubagaimanapun Hospital Kuala Penyu hanya mula beroperasi pada 28 Februari 2006 dengan kos pembinaan sebanyak RM76 juta.

Hospital Kuala Penyu menyediakan perkhidmatan untuk pesakit dalam dan pesakit luar namun yang tidak menyediakan perkhidmatan doktor pakar. Hospital Kuala Penyu mempunyai keluasan kawasan kira-kira 30 ekar dan mampu memuatkan sehingga 72 katil.

Antara bangunan atau kompleks yang terdapat di Hospital Kuala Penyu adalah :

01. Kompleks Perubatan
02. Bangunan Kauters
03. Asrama Jururawat
04. Gelanggang Sukan
05 Tempat Letak Kereta

Selain itu terdapat juga beberapa kemudahan lain yang disediakan di Hospital Kuala Penyu seperti :

01. Mesin ATM
02. Surau
03. Taman Terapeutik
04. Kantin

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak Hospital Kuala Penyu di alamat :

Hospital Kuala Penyu
W.D.T No. 35
89747, Kuala Penyu
Sabah. Malaysia
Tel : +6087-853100


Hospital Kudat

Hospital Kudat merupakan salah sebuah hospital yang terdapat di Sabah. Hospital ini terletak di dalam daerah Kudat Sabah.



Hospital Kudat merupakan hospital yang memberikan perkhidmatan perubatan kepada penduduk daerah Kudat dan kawasan-kawasan lain di sekitar daerah Kudat. Jarak antara Hospital Kudat dengan bandar Kudat adalah lebih kurang 3 km sahaja.

Luas kawasan Hospital Kudat adalah kira-kira 35 ekar dan ia mampu menampung sebanyak 180 katil. Selain itu ia juga mempunyai sebuah Jabatan Kecemasan.

Hospital Kudat juga menyediakan beberapa kemudahan untuk para pesakit dan pelawat. Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti :

01. Wad
02. Kantin
03. Surau

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak Hospital Kudat di alamat :

Hospital Kudat
Peti Surat No. 22
89057 Kudat
Sabah, Malaysia.
Laman Web : www.hkdt.moh.gov.my



Hospital Kunak


Hospital Kunak merupakan salah sebuah hospital Kerajaan yang terdapat di Sabah. Hospital ini terletak di dalam daerah Kunak Sabah.


Hospital Kunak telah dibina pada tahun 2005, walaubagaimanapun ia hanya mula beroperasi pada 18 Mac 2006 dengan menjalankan perkhidmatan perubatan kepada penduduk Kunak dan kawasan sekitarnya.

Hospital Kunak mampu menampung kira-kira 48 buah katil dan ia juga menyediakan beberapa kemudahan kepada pesakit dan juga pelawat seperti kemudahan wad, kantin dan juga surau.

Selain itu Hospital Kunak juga bukanlah hospital berpakar oleh itu sekiranya ada keperluan untuk pakar maka akan dirujuk ke Hospital Lahad Datu atau Hospital Tawau.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak Hospital Kunak di alamat :

Hospital Kunak
W.D.T 150
91209 Kunak
Sabah, Malaysia
Tel : +6089-894100 



Hospital Lahad Datu


Hospital Lahad Datu adalah salah sebuah hospital kerajaan yang terdapat di negeri Sabah dan ia terletak di daerah Lahad Datu Sabah.



Hospital Lahad Datu merupakan salah sebuah hospital berpakar yang terletak di daerah Lahad Datu Sabah. Pada awalnya hospital ini dikenali dengan nam Hospital Ann dan ia tidaklah begitu besar sebelum dinaiktarafkan dengan pembinaan bangunan hospital yang baru.

Pada 30 Mac 1999 bangunan Hospital Lahad Datu yang batu telah dibuat pembinaannya dan siap pada 13 Januari 2002. Walaubagaimanpun operasi di bangunan hospital yang baru ini hanya bermula sepenuhnya pada 1 April 2004.

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di hospital ini untuk para pesakit dan pelawat. Antara kemudahan tersebut adalah seperti :

01. Wad
02. Surau
03. Kantin
04. Taman Untuk Rehat

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak Hospital Lahad Datu di alamat :

Hospital Lahad Datu
Peti Surat 60065
91100 Lahad Datu
Sabah, Malaysia.
Tel : +6089-895111
Laman Web : www.hldu.moh.gov.my




Hospital Semporna

Hospital Semporna merupakan salah sebuah hospital kerajaan yang terletak di pantai timur Sabah iaitu di dalam daerah Semporna Sabah.

Hospital Semporna merupakan salah sebuah hospital kerajaan yang memberikan perkhidmatan perubatan kepada penduduk di daerah Semporna dan juga kawasan sekitarnya. Hospital Semporna mampu menampung lebih kurang 70 buah katil.

Hospital Semporna bukan sebuah hospital pakar oleh itu pesakit yang memerlukan khidmat doktor pakar akan di rujuk ke HospitalTawau ataupun Lahad Datu.

Antara perkhidmatan yang diberikan di Hospital Semporna adalah seperti :

01. Unit Kecemasan
02. Jabatan Farmasi
03. Unit Kerja Sosial
04. Unit Patologi
05. Unit Hemodialisis
06. Unit Ficioterapi
07. Unit Pendidikan Kesihatan
08. Unit Rekod Perubatan

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak Hospital Semporna di alamat :

Hospital Semporna
Peti Surat 80
91307, Semporna
Sabah, Malaysia.
Tel : +6089-781522
Faks : +6089-781659


Hospital Tambunan


Hospital Tambuan merupakan salah sebuah hospital kerajaan yang terletak di pedalaman Sabah iaitu di dalam daerah Tambunan Sabah.



Hospital Tambunan merupakan salah sebuah hospital kerajaan yang memberikan perkhidmatan perubatan kepada penduduk di daerah Tambunan dan juga kawasan sekitarnya. Hospital Tambunan mampu menampung lebih kurang 49 buah katil.

Hospital Tambunan bukan sebuah hospital pakar oleh itu pesakit yang memerlukan khidmat doktor pakar akan di rujuk ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu Sabah.

Antara perkhidmatan yang diberikan di Hospital Tambunan adalah seperti :

01. Unit Kecemasan
02. Jabatan Farmasi
03. Unit Kerja Sosial
04. Unit Patologi
05. Unit Hemodialisis
06. Unit Ficioterapi
07. Unit Pendidikan Kesihatan
08. Unit Rekod Perubatan

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak Hospital Tambunan di alamat :

Hospital Tambunan
Peti Surat 10
89657, Tambunan
Sabah, Malaysia.
Tel : +6087-774333
Faks : +6087-774102

No comments:

Post a Comment