Monday 17 July 2017

Alat-Alat Muzik Tradisional Sabah

Ini merupakan beberapa alat muzik tradisional yang popular di negeri Sabah. Alat-alat ini biasanya dimainkan dalam majlis-majlis keramaian atau majlis-majli rasmi seperti ketika menyambut pesta kaamatan.

Kulintangan

Kulintangan merupakan salah satu alat muzik tradisional di negeri Sabah. Kulintangan biasanya dimainkan semasa majlis-majlis keramaian atau majlis rasmi.



Kulintangan merupakan salah satu alat muzik tradisional yang terdapat di Sabah. Kulintangan banyak digunakan dan dimainkan oleh suku kaum Bajau dan Kadazan-Dusun ketika menyambut majlis keramaian, perayaan atau majlis-majlis rasmi.

Kulintangan mempunyai lapan hingga sembilan buah gong-gong kecil yang disusun sebaris dan apabila ia dimainkan akan mengeluarkan bunyi yang berlainan antara satu sama lain. Kulintangan akan dimainkan dengan menggunakan dua pemukul kayu yang kecil.

Beberapa alat muzik tradisional yang lain juga turut dimainkan bersama dengan kulintangan ketika membuat sesuatu persembahan.

Untuk membuat dan memainkan alat muzik kulintangan, ianya adalah sama seperti cara-cara membuat dan memainkan alat muzik gong namun yang membezakan adalah dari segi saiznya yang lebih kecil.




Gendang

Gendang juga merupakan salah satu alat muzik tradisional di negeri Sabah. Gendang biasanya dimainkan semasa majlis-majlis keramaian atau majlis rasmi.

                                        

Gendang juga merupakan salah satu alat muzik tradisional di Sabah yang mana ianya digunakan untuk muzik iringan bersama dengan alat tradisional yang lain seperti Kulintangan.

Selain daripada menggunakan untuk membuat persembahan di majlis-majlis tertentu, gendang juga digunakan oleh sesetengah masyarakat ketika membuat upacara pengobatan orang sakit.

Biasanya gendang ini dihasilkan dengan menggunakan bahan seperti kulit lembu atau kulit kerbau, batang pokok, rotan dan kayu penahan. Oleh kerana bahagian atasnya dibuat daripada kulit haiwan, maka kayu pemukul yang dihasilkan juga mestilah dibuat dengan betul agar kulit tersebut tidak mudah koyak.

Paluan gendang yang dipalu adalah berbeza mengikut daerah dari segi irama dan rentaknya.


Gong

Gong atau Tagung merupakan salah satu alat muzik tradisional di negeri Sabah. Gendang biasanya dimainkan semasa majlis-majlis keramaian atau majlis rasmi.

                                      

Gong merupakan salah satu alat muzik tradisional yang terdapat di negeri Sabah. Gong yang juga dikenali dengan nama Tagung merupakan antara alat tradisional bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah.

Gong ini diperbuat daripada bahan yang keras seperti besi dan juga tembaga. Besi tersebut akan diketuk menggunakan tukul khas untuk menghasilkan bentuk manakala tembaga pula akan dipanaskan dan dicairkan kemudian akan dimasukkan ke dalam bekas atau acuan gong dan dibiarkan ianya mengeras atau membeku.

Gong atau Tagung digunakan ketika menyambut majlis tertentu seperti majlis keramaian, perayaan dan juga majlis-majlis rasmi. Jumlah Gong yang biasanya digunakan dan dimainkan ketika keramaian adalah terdiri daripada 7 buah.



Sompoton

Sompoton merupakan salah satu alat muzik tradisional di negeri Sabah. Sompoton juga biasanya dimainkan semasa majlis-majlis keramaian atau majlis rasmi.

                                          

Sompoton adalah alat muzik tradisional di Sabah yang paling popular di kalangan masyarakat Sabah terutamanya di sebelah pantai barat negeri Sabah. Sompoton juga merupakan antara alat muzik paling disukai oleh suku kaum Kadazan-Dusun.

Sompoton banyak digunakan dan dimainkan ketika menyambut satu-satu majlis keramaian, perayaan ataupun majlis-majlis rasmi. Sompoton akan dimainkan oleh orang telah telah mahir menggunakannya agar bunyi atau rentak yang dihasilkan tidak rosak atau sumbang.

Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat alat muzik sompoton adalah seperti :

01. Labu liar (Kurobu)
02. Gam lebah (Sopilut)
03. Buluh renik (Sumbiling)
04. Kulit pokok palma (Polod)
05. Pokok paku menjalar (Telinting)

Untuk menghasilkan bunyi, Sompoton akan dimainkan dengan menggunakan jari yang dialihkan dari satu lubang ke lubang yang lain di paip sompoton tersebut. Paip sompoton biasanya bersaiz 34 cm di sebelah kiri, manakala di sebelah kanan pula 24 cm.


Tongkungon

Tongkungon merupakan salah satu alat muzik tradisional di negeri Sabah. Tongkungon biasanya dimainkan sebagai hiburan diwaktu lapang.


                                          


Tongkungon adalah alat muzik tradisional yang terdapat di negeri Sabah. Tongkungon juga merupakan sejenis alat muzik tradisional yang bertali dan ia selalu dimainkan untuk menghilangkan rasa bosan atau ketika ada masa lapang.

Tongkungon yang dihasilkan akan diletakkan tali sebanyak 8 utas iaitu empat tali di bahagian kanan dan empat lagi di sebelah kiri. Biasanya tali-tali ini adalah bersaiz kecil dan halus agar dapat mengeluarkan bunyi yang nyaring

Untuk memainkannya alat muzik tongkungon ini, para pemain akan menggunakan jari mereka untuk memetik tali-tali yang terdapat pada tongkungon tersebut. Mereka akan meletakkan empat jari disebelah kiri dan empat jari disebelah kanan agar dapat memainkan kesemua tali tersebut.

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat tongkungon juga cukup mudah untuk didapati iaitu hanya dengan menggunakan bambu dan juga tali.


Seruling

Seruling merupakan salah satu alat muzik tradisional yang terdapat di negeri Sabah. Seruling biasanya dimainkan ketika majlis-majlis keramaian.


                                       

Seruling atau juga dikenali dengan nama 'Suling' merupakan salah satu alat muzik tradisional yang terdapat di negeri Sabah dan merupakan antara alat muzik yang popular di kalngan masyarkat Sabah terutamanya dari suku kaum Kadazan-Dusun.

Di Sabah biasanya seruling ini diperbuat daripada buluh bambu yang bersaiz kecil dan terdapat juga sesetengah orang yang membuat seruling dengan menggunakan batang paip

Pada kebiasaannya seruling yang dibuat mempunyai 8 lubang kesemuanya iaitu 7 daripada lubang tersebut adalah untuk menghasilkan kod atau rentak muzik manakala 1 lubang lagi adalah ditutup.


Sundatang

Sundatang merupakan salah satu alat muzik tradisional yang terdapat di negeri Sabah. Sundatang biasanya dimainkan ketika majlis-majlis keramaian.


Sundatang adalah salah satu alat muzik tradisional yang terdapat di Sabah. Sundatang sangat popular di kalangan kaum pribumi di Sabah terutamanya suku kaum Rungus.

Sundatang merupakan alat muzik yang bertali dan biasanya sebanyak 2 tali akan digunakan untuk menghasilkan alat muzik sundatang ini. Kayu yang digunakan untuk membuat sundatang juga hendaklah menggunakan kayu yang keras agar ianya tahan lama.

Kebiasaannya sundatang digunakan dan dimainkan ketika masa lapang agar dapat menghilangkan rasa bosan. Kadangkala sundatang juga dimainkan dipersembahan kebudayaan.

3 comments: